30 November 2011

Mengajar orang.?? Dapat ke.?

Assalamualaikum,

Sorry Izzah tak slalu sangat nak update di blog.. Izzah tak da masa untuk ni.. Izzah da kerja yang mesti dibuat dulu.. Baru Izzah dapat update.. :/ Kerjanya adalah Izzah mesti tolong mak buat kerja time pagi, petang pula Izzah belajar, malam pulak Izzah rehat.. Itu pun kejap je.. Lepas tidur.. hehe.. ;)

Okey okey.. Balik ke topik tajuk ni.. Hari ni, Izzah memang nak cerita sikit ni.. Boleh ke Izzah mengajar orang.? Sedangkan Izzah lagi mintak ajar orang lain.. :/ Izzah ni bukannya terer sangat pasal nak ajar orang ni.. Kalau Izzah ajar pun, confirm orang tak paham punyerr..

Bukan pasal lokek dengan Ilmu, tapi memang Izzah tak pandai nak ajar orang.. :/ Adalah satu cerita yang 'ter'kena dengan Izzah.. Dia ni suruh Izzah ajarkan dia subjek Mathematic.. Izzah kata Izzah tak pandai nak ajar orang sangat.. Tapi, dia tak kesah pun.. Lepas pujuk punya pujuk, terpaksa Izzah ajarkan dia ni.. Sudah Izzah ajarkan, dia masih lagi tak paham.. Tapi, dia marahkan Izzah pulak.. Cakap Izzah ni tak pandai langsung nak ajar orang.. Sedangkan dia yang beria-ia suruh Izzah ajarkan dia.. Hati sape tak panas kalau orang buat macam tu kat kita.. Dahlah tak berterima kasih.. lepas tu, boleh pulak dia marahkan kita.. Memang tak patut..

So, Izzah harap sape yang ada 'ter'kena macam Izzah jugak, Harap bersabar je ya.. Jangan nak marahkan dia pulak.. Kalau dah sakit sangat hati tu, cakap sopan sikit kat dia.. Jangan main redah je.. Nanti, 2x5 je korang dengan dia tu.. Sesiapa yang terasa tu, Izzah minta maaf ye.. Bagi Izzah, Nobody is perfect.. Sesape je boleh buat kesilapan secara tidak sengaja.. betol tak.?

Okeylah.. Sampai sini je Izzah nak cerita.. Tak nak memanjang.. hehe.. Sekali lagi Izzah nak minta maaf kalau Izzah ada buat kesilapan kat korang.. Izzah cuma nak sampaikan apa yang ada dalam hati ni je.. *Peace.!

0 orang sedang mengomel: